.:SalivaWalit:.

Patutlah harga sarang burung walid mahal, rupanya ini khasiatnya yang ramai tak tahu

Puchong: Kerajaan mengenal pasti industri sarang burung walet sebagai cabang berpotensi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membantu menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) kepada RM4.5 bilion.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, industri itu juga dijangka mewujudkan 20,800 peluang pekerjaan.

“Komoditi ini kekal kukuh dengan jumlah eksport sebanyak 7,838 tan metrik membabitkan nilai RM1.9 bilion pada 2022.

“Kita perlu banyak mewujudkan perusahaan ini kerana berpotensi sebagai makanan tambahan, peluang pekerjaan dan dieskport ke China,” katanya.

Beliau berkata, MAFS menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan terus membantu pemain industri dalam meningkatkan penghasilan dan pengeluaran sarang burung walet yang berkualiti tinggi.

“DVS sentiasa memberi galakan dan khidmat nasihat supaya pengusaha mengamalkan amalan perladangan yang baik untuk mendapatkan Pensijilan MyGAP bagi semua rumah burung walet serta memastikan produk yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan.

“Sehingga kini, sebanyak 14,636 premis rumah burung walet berdaftar dengan DVS selain 2,314 rumah burung walet mendapat pensijilan MyGAP, manakala 56 loji pemprosesan sarang burung walet mendapat sijil Veterinary Health Certificate Malaysia (VHM) dan 36 mendapat Good Veterinary Hygiene Practice (GVHP).

“Selain itu, 41 loji burung walet di Malaysia diluluskan General Administration of Customs of People’s Republic of China (GACC) iaitu 38 loji sarang burung walet tidak bersih (EBN-RC) dan tiga loji sarang burung walet mentah belum bersih (EBN-RUC),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

REGISTER

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Translate »
X