.:SalivaWalit:.

Khasiat Sarang Burung Walit

Info Nutrisi

Saiful Bahari by Saiful Bahari

 15/01/2019

in Alam SemulajadiBerita & PeristiwaPerubatan & Kesihatan

 0  0

 0

Oleh : Munirah Abd Rahman & Dr Chong Ju Lian
Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran

PENGENALAN

Sarang burung walit merupakan sejenis makanan eksotik yang sangat berkhasiat dan popular sejak zaman dahulu lagi terutama dikalangan kaum Tionghua di Malaysia. Penuaian sarang burung walit ini bermula sejak pada tahun 1878 lagi di Gua Niah, Sarawak. Dewasa ini, penuaian sarang burung walit telah menjadi satu industri perladangan yang diusahakan secara besar-besaran serta dapat memberi pulangan yang sangat lumayan sehingga mencecah harga RM3500 – RM4500 per kilogram. Sarang burung walit juga merupakan antara produk daripada haiwan termahal di dunia yang digunakan oleh manusia selain daripada sirip ikan yu dan gamat. Sarang burung walit yang dikomersilkan ini dihasilkan oleh spesies burung walit Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus. Spesies burung walit ini boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain.

Burung Walit (Aerodramus fuciphagus)

PENGHASILAN SARANG BURUNG WALIT

Burung walit membina sarang daripada cecair air liur (saliva) yang terhasil daripada kelenjar air liurnya. Saliva ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.

KHASIAT PERUBATAN SARANG BURUNG WALIT

Amalan pemakanan sarang burung walit boleh dilakukan samada secara dalam penyediaan air minuman sarang burung walit atau hidangan sup sarang burung walit. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi dan industri pada hari ni telah menggunakan sarang burung walit dalam penghasilan produk seperti kosmetik dan juga sebagai produk makanan tambahan (supplement).

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, amalan pemakanan sup sarang burung walit dapat meningkatkan tahap kesihatan. Sup sarang burung walit dapat dijadikan sebagai tonik yang dapat meningkatkan tahap kecekapan organ dalam badan manusia termasuk menghilangkan masalah gastrik, asma, batuk, meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat luka dan pembedahan dengan pantas serta meningkatkan tenaga dan metabolisma badan. Satu daripada empat kandungan karbohidrat utama terdapat dalam sarang burung walit ialah Asid Sialik, iaitu terdapat dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu. Ekstrak sarang burung walit juga mengandungi hormon yang meransang sistem imunisasi manusia serta meningkatkan penghasilan sel stem manusia.

Sup Sarang Burung Walit

NUTRISI SARANG BURUNG WALIT

Dalam setiap 100 gram sarang burung walit, terdapat 281 Cal kalori, 37.5g protein, 0.3g lemak, 32.1g karbohidrat, 485g kalsium, 18mg fosforus, 3mg besi dan 24.5g air. Jadual 1 menunjukkan perbandingan sarang burung walit dengan makanan seperti susu, daging lembu, daging ayam dan telur ayam.

Jadual 1 Perbandingan kandungan nutrien dalam setiap 100 gram bagi sarang burung walit dan makanan lain.

(Sumber: Budiman, 2011)

PEMASARAN SARANG BURUNG WALIT

Sarang burung walit dan produk-produk berasaskan sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi daripada negara-negara seperti China, Taiwan dan Hong Kong. Antara produk-produk yang dihasilkan berasaskan sarang burung walit ialah minuman sarang burung walit, produk kosmetik dan juga pelbagai jenis makanan tambahan samada dalam bentuk serbuk, kapsul atau jus. Sarang burung walit juga telah menjadi antara komoditi eksport utama pertanian di Malaysia. Selain itu, Malaysia juga telah menjadi antara negara pengeksport sarang burung walit yang terbesar di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Sarang Burung Walit untuk dieksport

RUJUKAN

Budiman, A. (2011). Menetaskan Telur Walet. Jakarta, Indonesia. Penebar Swadaya.
Hobbs, J.J. (2004). Problems in the Harvest of Edible Birds’ Nests in Sarawak and Sabah.
Malaysia Borneo. Biodiversity and Conservation, 13, 2209-2226.

Kong, Y.C., Keung, W.M., Yip, T.T., Ko, K.M., Tsao, S.W. & Ng, M.H. (1987). Evidence
that Epidermal Growth Factor is Present in Swiftlet’s (Collocalia) Nest. Comparative
Biochemistry and Physiology – Part B. Biochemistry and Molecular Biology, 87(2), 221-226.

Oda, M., Otha, S., Suga, T., Takayuki, T. & Aoki, T. (1998). Study on Food Components:
The Structure of N-Linked Asialo Carbohydrate from the Edible Bird’s Nest Built by
Collocalia fuciphagaJournal of Agricultural and Food Chemistry, 46(8), 3047-3053.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

REGISTER

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Translate »
X